Mataku terpesona pada kehebatan yang maha esa

Tuesday, October 25, 2011

kerabu epal hijau



Kerabu epal hijau

Tak pernah terfikir pun epal di buat kerabu.oleh kerana epal hijau banyak dalam peti ,maka sy pun mencari lah resepi berkaitan epal supaya tidak membazir..maka terjumpa lah resepi kerabu epal.Saya macam tak yakin rasanya sedap,tapi memandangkan review kebanyakannya positif maka saya cuba jugak lah..dan ternyata setelah dicuba memang sedap!diakui sendiri oleh suami saya..hehe

Tapi sayang,gambar yang sy buat tak ada,card reader rosak,,gambar google sahaja yang ada.Bagi sesiapa yang nak mencuba,ini resepinya :


Bahan-bahan

2 biji epal – dipotong nipis ikut kreativiti,rendam dalam air garam supaya tidak mudah lebam.

½ batang Carrot(kalau suka banyak,lebihkan)- dipotong memanjang

10 biji Cili api-dihiris nipis,kalau suka pedas tambah lagi

1 labu Bawang besar-dihiris nipis

1 atau 2 batang Serai dihiris nipis

Kelapa kering

Gula,garam dan sedikit sos tiram ( 1 camca )

Udang kering ditumbuk

Kacang tanah yang telah digoreng

Cara-cara

Campur kesemua sekali bahan di atas dan digaul rata,,kalau suka lagi masam perah asam limau sedikit.senang kan,,,buat kerabu lah paling mudah,cepat disiapkan dan sedap!

No comments:

Post a Comment